Sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.
KATA KERJA
Kata kerja ialah kata yang digunakan untuk menunjukkan perbuatan yang dilakukan oleh orang,binatang dan benda.
1 Encik Daud ____________ rumput di belakang rumahnya dengan sabit.
A menebas B membajak C menoreh D menajak
2 Keluarga malang itu tinggal sehelai sepinggang setelah rumah mereka ____________ dalam kebakaran petang semalam.
A roboh B ranap C hancur D musnah
3 Kereta yang dipandu laju itu tidak dapat dikawal lalu ____________ ke tepi jalan.
A terjatuh B tergolek C. terbabas D terhempas
4 Pak Mat sedang tekun ____________ jalanya yang koyak.
A menampal B menyirat C menjahit D mengait
5 Kakak ____________ ikan yang hendak digorengnya dengan garam halus dan
kunyit.
A mengadun B menabur C mencalit D melumur
6 Bekalan makanan ke kawasan pedalaman ____________ jika banjir masih
berterusan.
A tersadai B tersimpan C terputus D terbantut
7 Nenek begitu cekap ____________ padi di dalam lesung.
A menampi B menuai C menumbuk D mengirik
8 Kapal dagang itu telah ____________ meninggalkan pelabuhan .
A berlabuh B belayar C bergerak D berganjak
9 Rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas layak ____________ dalam pilihan raya.
A memilih B mengundi C melabur D menyambut
10 Guru Besar ____________ mereka yang dilantik menjadi pengawas supaya dapat menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab.
A merayu B menyuruh C mendesak D mengharap
KATA ADJEKTIF
1. Kain yang diperbuat daripada sutera sungguh………………………
A licin B halus C harum D lembut
2. Ikan yang digoreng oleh kakak sangat………………………
A. kering
B. garing
C. kuning
D. rangup
3. Lantai yang baru dicuci oleh pekerja hotel itu……………………. dan berkilat.
A. lancar
B. kasar
C. kesat
D. licin
4. Kebanyakan kayu pondok yang usang itu telah ………………….dimakan oleh anai – anai.
A. musnah
B. pecah
C. reput
D. rosak
5. Adam mengumpul surat khabar………………….untuk dijual ke kedai kitar semula.
A. usang
B. buruk
C. lapuk
D. lama
6. Biskut di dalam tin itu masih……………..kerana tinnya tidak dimasuki udara.
A. lemau
B. garing
C. rangup
D. rapuh
7. Adik terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan kerana mengalami………………nafas.
A. sesak
B. penuh
C. sempit
D. lengang
8. Hujan turun dengan……………………….dan disertai kilat sabung – menyabung.
A. renyai
B. lebat
C. nipis
9. “Murid – murid perlu berusaha dengan bersungguh – sungguh untuk memperoleh kejayaan yang………………..,” kata Guru Besar.
A. hebat
B. manis
C. mundur
D. cemerlang
10. Murni pandai memasak. Hidangan yang dimasak oleh Murni sangat……………. dan lazat.
A. masin
B. tawar
C. pahit
D. enak
KATA GANTI NAMA
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1. “Ibu, duit ………………….. hilang,” kata Umair kepada ibunya.
A. kita
B. kami
C. saya
D. mereka
2. Darus dan Intan bersahabat karib. ……………………tinggal sekampung.
A. Dia
B. Kita
C. Kami
D. Mereka
3. Salmi murid tahun enam . ……………….. berazam untuk mencapai 5A dalam UPSR.
A. Dia
B. Kami
C. Awak
D. Saya
4. Bangunan baharu itu telah dirasmikan oleh ……………………………..
A. dia
B. kami
C. kamu
D. beliau
5. “Sebagai murid, ……………………….. hendaklah belajar bersungguh-sungguh,” kata cikgu.
A. dia
B. kita
C. kamu
D. mereka
6. “Boleh ………………….. tumpang bertanya ?” kata Suri dan Muna kepada pemuda itu.
A. kamu
B. awak
C. kami
D. saya
7. “Ampun …………………..tuanku,” sembah Hang Tuah kepada raja.
A. beta
B. patik
C. hamba
D. baginda
8. “Jika ………………….ada masa lapang , jemputlah ke rumah saya,” kata Ani kepada kawan-kawannya.
A. dia
B. awak
C. beliau
D. kalian
9. Penjahat itu sudah ditangkap.………………….akan dibawa ke balai polis.
A. Saya
B. Dia
C. Mereka
D. Beliau
10. Harap maklum, …………………. akan dilayan sebentar lagi.
A. kami
B. mereka
C. anda
D. dia
SOALAN BAHAGIAN C (UPSR 2010)
Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu peranggan.
Sahabatku Fadhil,
Tujuan saya menulis warkah ini adalah untuk menceritakan pengalaman saya semasa menyertai lawatan ke Pulau Langkawi anjuran Kelab Bahasa Melayu sekolah saya.
Kami memperoleh ilmu pengetahuan yang banyak. Setiap detik yang dilalui, kami manfaatkan dengan mengunjungi pelbagai tempat bersejarah seperti Beras Terbakar Makam Mahsuri dan Pantai Pasir Hitam. Ketika menaiki Kereta Kabel Langkawi menuju ke puncak Gunung Machinchang, kami kagum akan keindahan alam semula jadi. Cuacanya sejuk manakala udaranya segar dan nyaman.
Semasa di Pantai Cenang, kami meminta kebenaran untuk mandi tetapi guru pengiring melarang kami kerana ombak besar. Kami akur akan nasihat guru tersebut. Lawatan seterusnya ke ‘Underwater World’, iaitu tempat pelbagai jenis kehidupan air dipamerkan. Kami berbaris sebelum masuk untuk mengelakkan kesesakan.
Sebelum pulang kami singgah di pekan Kuah untuk membeli-belah. Saya hanya membeli barang-barang yang perlu sahaja kerana itulah yang dipesan oleh ibu. Saya juga membeli cenderamata untuk kawan-kawan dan keluarga.
Nilai murni
|
Penerangan / ulasan
|
SOALAN BAHAGIAN C (UPSR 2009)
Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu peranggan.
Sang Semut sering keluar mencari makanan untuk kumpulannya. Sang Semut bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugas yang diberikan.
Pada suatu hari, ketika Sang Semut asyik mencari makanan, Sang Semut telah terjatuh ke dalam sungai. Sang Semut dihanyutkan air dan hampir lemas.
Sang Merbuk yang melihat kejadian itu segera menjatuhkan sehelai daun agar Sang Semut dapat berpaut. Sang Semut berjaya menyelamatkan dirinya dengan bantuan Sang Merbuk.
Pada suatu pentang, Sang Semut terlihat seorang pemburu sedang mengacukan senapang ke arah Sang Merbuk. Sang Semut segera mengigit kaki pemburu itu. Pemburu terkejut lalu tembakannya tersasar. Sang Merbuk segera terbang untuk menyelamatkan diri. Sang Merbuk mengucapkan terima kasih kepada Sang Semut.
Sejak peristiwa itu, Sang Semut dan Sang Merbuk bersahabat baik.
Nilai murni
|
Penerangan / ulasan
|
SOALAN BAHAGIAN C (UPSR 2008)
Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu peranggan.
Ana : Apa khabar, Halim?
Halim : Beransur baik sekarang. Cuma badan saya masih lemah dan tidak berselera untuk makan.
Ana : Awak mesti makan, jangan turutkan hati. Makanan di sini berkhasiat. Kalau tak makan, bagaimana nak
sihat?
Halim : Terima kasih atas ingatan awak.
Ana : Eh, tentulah! Kita berkawan mestilah saling mengingati.
Halim : Apa khabar kawan-kawan kita?
Ana : Oh, semuaya baik belaka! Mereka mendoakan supaya awak segera sembuh. Apa kata soktor tentang
penyakit awak?
Halim : Doktor mengatakan bahawa saya disyaki menghidap demam denggi.
Ana : Oh, begitu! Penyakit demam denggi ini berpunca daripada nyamuk aedes. Kita mesti pastikan air tidak
bertakung agar nyamuk aedes tidak membiak.
Halim : Betul tu, Ana. Semua pihak perlu menjaga kebersihan persekitaran.
Ana : Baiklah, Halim. Saya minta diri dulu. Saya dah berjanji dengan ibu saya untuk pulang awal. Ini ada
beberapa buah buku yang boleh awak baca untuk menghilangkan rasa bosan awak.
Halim : Terima kasih, Ana. Sekurang-kurangnya buku ini boleh mengisi masa lapang saya di sini. Berhati-hati
Semasa pulang. Sampaikan salam saya kepada kawan-kawan dan keluarga awak.
Nilai murni
|
Penerangan / ulasan
|
SOALAN BAHAGIAN C (UPSR 2007)
Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu peranggan.
Ketika berjalan ke sekolah untuk menghadiri latihan sukan, aku terjumpa sebuah dompet. Aku membuka dompet itu untuk mengetahui siapa pemiliknya. Di dalam dompet itu terdapat wang yang banyak dan dokumen penting. Aku berfikir sejenak sambil melihat sekeliling sekiranya ada orang yang sedang mencari-cari dompetnya.
Tiba-tiba rakanku datang dan aku memberitahunya tentang dompet tersebut. Dia menyuruh aku mengambil sahaja dompet itu. Aku tidak berani untuk berbuat demikian. Aku teringat akan pesanan ibu bapaku agar tidak mengambil barang kepunyaan orang lain.
Aku membuat keputusan untuk menyerahkan dompet tersebut kepada guru bertugas, iaitu Cik Rani. Beliau telah membawa aku berjumpa dengan guru besar. Guru besar memuji tindakan yang telah aku lakukan itu.
Nilai murni
|
Penerangan / ulasan
|
SOALAN BAHAGIAN C (UPSR 2006)
Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu peranggan.
Nani murid yang sentiasa mengambil berat tentang pelajaranya. Pada masa yang sama dia mempunyai pelbagai hobi. Mengumpul setem adalah antara hobi yang paling digemarinya. Dia memiliki lima buah album setem yang disimpan di dalam almari yang berkunci.
Setem yang dikumpulkannya diperoleh daripada beberapa buah negara. Nani bertukar-tukar setem dengan kawan-kawan sekolahnya dan sahabat pena dari negeri-negeri di Malaysia dan luar negara.
Kini dia memiliki pelbagai setem dan mempunyai ramai kawan. Melalui hobinya, Nani dapat mengetahui berbagai-bagai maklumat tentang negara luar seperti mata wang, kebudayaan, makanan dan pemimpin negara.
Dia amat gembira kerana hobinya mendatangkan banyak faedah. Di samping itu, dia dapat mengelakkan dirinya daripada terlibat dengan perkara-perkara yang tidak bermanfaat dan membuang masa.
Nilai murni
|
Penerangan / ulasan
|
SOALAN BAHAGIAN C (UPSR 2005)
Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu peranggan.
Semasa kakak pergi bekerja, adik telah masuk ke bilik kakak dan bermain-main di situ. Sedang asyik bermain, tiba-tiba adik ternampak sebuah cenderamata kepunyaan kakak yang diperbuat daripada kaca. Cenderamata itu ialah pemberian kawan kakak yang baru pulang dari luar negeri.
Saya telah melarang adik supaya tidak bermain-main dengan cenderamata itu tetapi adik tidak mengendahkannya. Tiba-tiba, cenderamata itu terlepas dari tangan adik dan terhempas di lantai lalu pecah berderai. Emak memarahi adik.
Sebelah petang, kakak pulang dari tempat kerja. Kakak sungguh sedih apabila mengetahui cenderamata kesayangannya telah pecah. Adik meminta maaf dan berjanji tidak akan mengusik barang-barang kepunyaan kakak lagi.
Nilai murni
|
Penerangan / ulasan
|
No comments:
Post a Comment