Apa itu BLOG??
Blog merupakan satu portal online yang digunakan untuk menyatakan pendapat peribadi tentang pelbagai perkara. Konsep blog seakan-akan sebuah diari harian. Blog sangat mudah digunakan dan diuruskan tanpa perlu memiliki pengetahuan teknikal yang mendalam tentang komputer. Laman sosial dan blog dikatakan telah memberikan pelbagai keburukan kepada golongan remaja terutamanya pelajar sekolah. Walau bagaimanapun, keburukan dan kebaikan dalam sesuatu perkara ditentukan oleh diri sendiri. Apa yang pasti, blog mendatangkan banyak kebaikan berbanding keburukan terutamanya kepada guru dan pelajar.
Kepentingan Blog Kepada Guru
Guru boleh membuat sebarang pengumuman berkaitan mata pelajaran yang diajar. Guru juga boleh memberikan sesuatu tugasan berkaitan mata pelajaran melalui tulisan dalam blog sekiranya tidak dapat hadir semasa pembelajaran di sekolah. Melalui cara ini, proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan tanpa sebarang masalah dari segi masa selain dapat meningkatkan kualiti pendidikan yang sedia ada di negara kita.
Selain itu, blog juga turut mempunyai kelebihan seperti:
- Menggalakkan perkembangan bahasa terutamanya bahasa Inggeris melalui pemaparan tulisan dalam blog yang ditulis.
- Membolehkan pelajar membiasakan diri dengan aplikasi komputer termasuklah seni kemahiran reka digital, mencipta blog serta kod ccs.
- Boleh mengkritik bentuk penulisan dan idea yang bercanggah di ruang komen.
Sehubungan itu, blog juga boleh mempercepatkan proses pendidikan berasaskan kadar kebolehan pelajar. Melalui blog, pelajar tidak cepat bosan untuk belajar blog merupakan satu bentuk teknologi pembelajaran yang baru. Cara pembelajaran yang interaktif ini, membuatkan pelajar lebih gemar untuk belajar semasa berada di rumah dan tidak membuang masa mereka dengan membuat perkara yang tidak berfaedah.
Blog juga boleh melatih pelajar menulis dalam pelbaga bahasa yang mereka sukai. Setiap info yang ditulis dalam blog bleh dikritik dan menjadikan pelajar yang menulis dalam blog lebih matang dari segi penulisan. Pelajar akan lebih tertarik untuk memaparkan hasil penulisan dan karya mereka ke dalam blog bagi menjadi tatapan umum.
Blog membolehkan pelajar berkomunikasi secara global. Pelajar sekolah boleh berkenalan dengan pelajar dari seluruh pelosok dunia dan dapat menambahkan ilmu pengetahuan mereka yang telah sedia ada. Selain itu, mereka juga dapat mengetahui teknk belajar yang lebih berkesan melalui rakan-rakan dari negara yang berlainan. Kebaikan ini membolehkan minda pelajar lebih terbuka dengan keadaan dunia luar dan dapat memgetahui sesuatu berita dari sumber yang betul, bukannya melalui khabar angin.
Dapat memperkenalkan teknologi terkini kepada pelajar. Blog merupakan satu kaedah pembelajaran yang baru dan harus digunakan secara meluas sebagai alat bantuan pembelajaran kepada guru selain menjimatkan masa untuk mengajar. Sebarang maklumat yang baru dan berfaedah dapat diakses secara terus melalui blog yang dibuat oleh guru. Pelajar tidak perlu lagi untuk membuat ulangkaji secara bersendirian tanpa memperolehi maklumat yang lengkap.
Pelajar dapat menjimatkan masa untuk berbincang di luar waktu sekolah. Melalui blog, pelajar tidak perlu berjumpa untuk membincangkan sesuatu tugasan yang diberikan oleh guru. Selain itu, perkongsian pendapat dan sebarang masalah tentang sesuatu mata pelajaran boleh diutarakan. Pelajar tidak perlu lagi keluar dari rumah untuk mengadakan sesuatu perbincangan. Masa dan tenaga dapat dijimatkan selain memperolehi ilmu pengetahuan yang lebih banyak dan mendalam.
Dapat meningkatkan minat belajar kepada para pelajar. Remaja merupakan golongan yang gemar untuk mencuba sesuatu yang baru dan lebih suka belajar di luar bilik darjah. Melalui blog, pelajar tidak mudah jemu untuk belajar dan membaca. Hal ini kerana, mereka boleh melayari internet sekiranya telah penat belajar. Konsep pembelajaran seperti ini membuatkan pelajar lebih gemar belajar walaupun di luar waktu sekolah.
Kepentingan Blog Kepada Pelajar
Mendorong pelajar untuk berkongsi sesuatu maklumat dengan pelajar di sekolah-sekolah lain. Melalui blog, pelajar dapat berkongsi pengetahuan, pengalaman, perasaan, pendapat dan lain-lain dengan menggunakan tulisan, gambar, mahupun maklumat berbentuk video. Blog merupakan laman untuk mencoretkan idea yang terpendam selain menjadi laman untuk berkarya. Idea dan karya yang baik boleh diiktiraf agar pelajar lebih terdorong untuk meluahkan apa yang ada dalam pemikiran mereka. Penghargaan tidak hanya berbentuk material bahkan, boleh juga berbentuk pujian serta kritikan yang membina
Blog seharusnya diketengahkan sebagai satu bentuk pendidikan yang baru di negara kita. Kepentingan blog dalam institusi pendidikan memang jelas terbukti. Pihak yang berwajib harus menjalankan peranan mereka agar mutu pendidikan di negara kita dapat ditingkatkan. Ibu bapa haruslah sentiasa peka dalam pendidikan anak-anak mereka. Setiap kebaikan dan keburukan boleh ditentukan oleh diri sendiri. Jadi, keburukan sesuatu perkara adalah kecil berbanding kepentingan yang dibawa dalam sesuatu perkara.
Blog juga, boleh menjadi laman untuk menyebarkan sebarang maklumat berkaitan sekolah tempat mereka bertugas. Melalui blog juga, guru boleh mendapatkan teknik-teknik pengajaran yang lebih baik dan boleh dipraktikkan kepada pelajar mereka. Selain itu, guru dapat bertukar informasi dan pengetahuan dengan guru-guru lain melalui tulisan dalam blog.
No comments:
Post a Comment