Monday 29 September 2014

Belajar Simpulan Bahasa

Apa khabar warga bloger semua? Hari ini saya ingin kongsikan serba sedikit tentang simpulan bahasa yang terdapat dalam bahasa Melayu.
Sebelum itu, tahukah kamu apakah yang dimaksudkan dengan simpulan bahasa?
Baiklah, untuk pengetahuan semua, mengikut Pusat Rujukan Persuratan Melayu  
simpulan bahasa membawa maksud ungkapan yang terdiri daripada dua atau lebih dan mempunyai makna yang berlainan daripada erti perkataan-perkataan yang membentuknya. Sebagai contoh simpulan bahasa ialah kaki ayam, anak emas, buah hati dan sebagainya. 
Di sini saya akan kongsikan beberapa simpulan bahasa yang sering kita gunakan dalam ungkapan kita seharian..


1. Abang angkat
Lelaki yang lebih tua daripada seseorang yang tidak mempunyai pertalian keluarga tetapi dianggap sebagai abang sendiri

2. Abang ipar
Abang kepada isteri atau suami seseorang

3. Abang kandung

Abang seibu dan sebapa
4. Abu jahal
Orang yang suka menghalangi usaha yang baik

5. Abu nawas
Orang yang bijak melepaskan diri
6. Ada angin
Mempunyai perasaan yang tertentu mengikut keadaan
7. Ada bakat
Mempunyai kebolehan dalam sesuatu bidang
8. Ada bukti
Ada tanda atau keterangan tentang sesuatu hal atau peristiwa
9. Ada hajat
Mempunyai keinginan atau maksud
10. Ada hati
Mempunyai keinginan lebih daripada keupayaan
11. Ada jalan
Ada cara untuk melakukan sesuatu
12. Air muka
Wajah atau rupa seseorang
13. Ajak-ajak ayam
Tidak sungguh-sungguh mempelawa
14. Akad nikah
Perjanjian dalam perkahwinan
15. Akal kancil
Orang yang cerdik dan pandai menipu
16. Alas cakap
Kata pendahuluan sebelum perundingan atau perbincangan dijalankan
17. Alas dulang
Wang hadiah yang ditinggalkan dalam dulang
18. Alas meja
Kain penutup meja
19. Alas perut
Makan sedikit untuk menghilangkan rasa lapar
20. Ambil angin
Bersiar-siar
21. Ambil berat
Memberikan perhatian
22. Ambil hati
Membuat sesuatu untuk menggembirakan orang lain
23. Ambil masa
Tidak tergopoh-gopoh; memakan masa
24. Anak angkat
Anak orang lain yang dianggap / dijadikan seperti anak sendiri
25. Anak bapa
Anak lelaki kesayangan sesebuah keluarga
26. Anak beranak
Sekeluarga
27. Anak buah
Orang yang di bawah jagaan seorang ketua
28. Anak buangan
Orang yang tersingkir daripada sesebuah keluarga
29. Anak cucu
Keturunan; zuriat
30. Anak dara
Gadis yang belum berkahwin
31. Anak dayung
Orang yang mendayung perahu
32. Anak emas
Anak kesayangan
33. Anak haram
Anak luar nikah
34. Anak kembar
Anak yang dilahirkan bersama-sama daripada satu kandungan
35. Anak sulung
Anak yang tertua atau pertama
36. Angin-angin
Khabar yang belum tentu benar salahnya
37. Angin berkisar
Berpaling tadah
38. Angin buritan
Angin yang mengikut arah perahu
39. Angin gila
Kelakuan yang tidak tentu arah
40. Angin lalu
Khabar yang tidak tentu benar atau salahnya
41. Angin ribut
Taufan
42. Angkat alis
Menunjukkan rasa atau tanda hairan
43. Angkat bahu
Menyatakan tidak tahu
44. Angkat diri
Sombong
45. Angkat suara
Meninggikan suara
46. Angkat sumpah
Bersumpah
47. Asam garam
Pengalaman hidup
48. Atas angin
Negara-negara di Timur Tengah dan Eropah
49. Atas pagar
Tidak menyebelahi mana-mana pihak
50. Ayam tambatan
Orang harapan dalam sesuatu pertandingan atau perlawanan
51. Bahasa daerah
Bahasa yang digunakan di daerah tertentu sahaja
52. Bahasa kesat
Bahasa atau tutur kata yang kasar, kotor, dan menyakitkan hati
53. Bahasa ibunda
Bahasa sendiri

No comments:

Post a Comment